Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Pantai Sri Tujuh
Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat,Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur danStesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.
Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf . Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.
Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini. Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.
Pantai Sri Genting
Pantai Geting ini bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh dan merupakan antara pusat peranginan yang baru dikomersilkan sejak 8 tahun lepas. Pantai ini juga menjadi venue rasmi Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Kawasan Bebas Cukai ini terletak dalam satu kawasan berpagar yang meliputi Lot no. 752 – 759, 761- 784, kawasan kedai, kawasan kawasan lain di dalamnya, mukim Pengkalan Kubor, jajahan Tumpat, Kelantan, meliputi kawasan seluas lebih kurang 25,175 meter persegi.Jarak perjalanan daripada bandar Kota Bharu adalah sejauh kira-kira 25 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari bandar Tumpat. Ia bersempadan dengan Thailand, iaitu pekan Takbai,Narathiwat.Daripada pekan Takbai,jaraknya adalah lebih kurang 2 kilometer dengan jalan pengangkutan air seperti Feri dan bot.