Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan (Keusahawanan)
Nama: Rosmawati Bt Mat Lazin
Umur: 41 Tahun
Alamat: Kg Telok Jering, 16210 Tumpat, Kelantan.
Bentuk Perniagaan: Perniagaan makanan dan minuman kecil-kecilan
Latarbelakang
Berumur 41 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai 4 orang anak. Menceburi bidang perniagaan sejak 3 tahun lalu setelah menjadi pembantu kepada ibunya dalam perniagaan jahitan. Produk yang dijual terdiri daripada makanan dan minuman segera. Beliau datang ke PI Kajang Sebidang dengan harapan untuk mempelajari pengetahuan dalam keusahawanan supaya dapat diaplikasikan dalam perniagaan beliau.
Sebelumpenggunaan ICT/ penglibatan PI
- Kemahiran ICT yang terhad.
- Tiada khidmat nasihat
- Perancangan perniagaan yang tidak teratur
- Kurang promosi dan promosi yang dibuat kurang memberansangkan.
- Tidak mempunyai pengetahuan dalam cara untuk mendapatkan pinjaman bank.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Kemahiran ICT semakin baik dan menunjukkan peningkatan.
- Dapat membuat peancangan perniagaan yang lebih baik.
- Mempunyai pengetahuan dalam cara dan syarat untuk membuat pinjaman bank.
- Dapat membuat promosi yang menarik dan bilangan pelanggan semakin bertambah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan (Keusahawanan)
Nama: Dek Mah Bt Daud
Umur: 62 Tahun
Alamat: Kg Telok Jering, 16210 Tumpat, Kelantan
Bentuk Perniagaan: Menjahit
Latarbelakang
Menceburi bidang jahitan lebih 40 tahun yang lalu. Menggunakan khidmat internet yang disediakan oleh PI Kajang Sebidang bagi mendapatkan maklumat dan info-info terkini mengenai fesyen dan trend pakaian masa kini. Selainitu, beliau juga mendapatkan pengetahuan dalam ICT terutamanya mengenai cara untuk mencari maklumat di laman web serta di laman-laman sosial seperti facebook.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Kemahiran ICT yang terhad.
- Tiada khidmat nasihat
- Kurang pengetahuan dalam mencari maklumat dari internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Kemahiran ICT semakin baik dan menunjukkan peningkatan.
- Dapat membuat pembaharuan yang sejajar dengan masa kini.
- Sentiasa selari dengan arus fesyen terkini dan dapat menarik lebih ramai pelanggan terutamanya dari golongan muda.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan (ICT)
Nama: Mohamad Amirul Bin Hakim
Umur: 12 Tahun
Latar belakang
Merupakan salah seorang pelajar kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Kajang Sebidang dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bendang Pa’yong. Beliau merupakan pelajar kelas LINUS. LINUS adalah kelas kepada para pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau tidak mengenali komponen asas dalam computer secara mendalam dan tidak mempunyai kemhiran dalam ICT. Tambahan pula, beliau berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak memiliki sebarang kemudahan ICT dirumahnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mempelajari ICT di PI Kajang Sebidang, saudara Amirul telah mahir dalam menggunakan computer dan mampu untuk mengingati setiap kegunaan yang ada dalam Microsoft Office. Saudara Amirul juga membuktikan bahawasanya pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran juga mampu untuk mempelajari dan menguasai kemhiran ICT dengan baik.