Taklimat Advokasi - Kesan Penyalahgunaan Internet
30 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet telah mengadakan Taklimat Advokasi iaitu berkaitan dengan kesan penyalahgunaan internet kepada semua pelajar SMK Baroh Pial pada 29 Januari yang lalu. Taklimat ini diadakan di dewan terbuka sekolah yang melibatkan pelajar dan beberapa orang guru pengiring. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar dengan tanggungjawab, keselamatan dan waspada terhadap penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Selepas selesai memberi taklimat, diteruskan dengan kuiz dan pembahagian hadiah. Dengan adanya program seperti ini, staf PI dapat mempromosikan aktiviti PI dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: