Taklimat & Demonstrasi Kebakaran di SMK Baroh Pial, Rantau Panjang
24 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniTaklimat dan demonstrasi kebakaran bersama Balai Bomba & Penyelamat Rantau Panjang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, Rantau Panjang. Program ini diadakan dengan kerjasama Pusat Internet Bukit Tandak, Semuba, Repek dan Kajang Sebidang serta Sekolah Menengah Baroh Pial.
Taklimat dan demonstrasi kebakaran ini disertai seramai 603 orang murid, 62 orang guru, 18 orang staf sekolah, 7 orang anggota bomba & 7 orang staf Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan serta peringatan tentang bahaya serta cara untuk mencegah serta mengendalikan kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: