Kelas Microsoft Word (ICT) Peserta KADA
04 November 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ini diadakan oleh PI Kajang Sebidang bertujuan unutk memberi pendedahan dalam penggunaan Microsoft word yang betul kepada masyarakat muda kini terutamanya. Kami juga mengajar bagaimana untuk membuat kertas kerja dengan betul dan kemas untuk memohon sesuatu perkara yang berkait dengan mengikut format serta kriteria yang betul dan tepat.
Dengan adanya kelas ini kami dapat membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer. Kami juga turut memberi penerangan mengenai penggunaan komputer dan Microsoft word dengan betul. Para peserta diberikan peluang untuk membuat satu kertas kerja secara bersendirian dan dipantau oleh staf PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: